+Follow
Dashboard
Reload Page
EXIT


KEMPEN SENYUM , SALAM & SAPA
Kerjasama dari Pembimbing Rakan Sebaya | 0 pendapat dari pelawat



Berikut adalah maklumat berkaitan Program ini:

Tarikh : 5 Januari 2012 - 10 Januari 2012
Hari : Khamis -Selasa
Masa : Rujuk Lampiran 1
Tempat : Dewan Abu Hurairah SAMT Kuala Kubu Bharu


Butiran Laporan


Program kempen 3S ini telah berjaya dijalankan mengikut perancangan dan objektif yang telah digariskan. Kerjasama daripada pembimbing rakan sebaya sangat memberansangkan dan komitmen semua pihak amat menggalakkan dalam melancarkan program 3S ini iaitu SENYUM, SALAM dan SAPA.

Selain itu, Program ini juga merupakan Program pertama yang dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling kepada warga SAMT Kuala Kubu Bharu. Oleh itu, diharapkan program seperti ini dapat dijadikan program tahunan sekolah bagi merealisasikan visi dan misi sekolah terhadap warga SAMT Kuala Kubu Bharu untuk sentiasa memberikan salam dan menghadiahkan sebuah senyuman manis di antara satu sama lain. Program ini juga dapat memupuk warga SAMT Kuala Kubu Bharu mengeratkan ikatan ukhuwah agar kemesraan di antara satu sama lain terjalin dengan penuh kasih sayang.

Melalui program ini juga warga SAMT Kuala Kubu Bharu telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang akan dijalankan sepanjang kempen ini berlangsung antaranya ialah :


    1. Program 5 minit bersama PRS di Perhimpunan
    2. Pertandingan menghias pintu kelas dengan ucapan SALAM
    3. Pertandingan mencipta montaj dan video cerita pendek bertemakan “Senyum, Salam dan
    Sapa”
    4. Pertandingan “Kelas 3S Terunggul 2012” diambil kira daripada pelbagai aspek seperti
    sahsiah, disiplin dan juga keceriaan kelas
    5. Pertandingan Tazkirah Berirama dan mendeklamasikan sajak
    6. Pertandingan melukis poster Kempen 3S di antara kelas


Diharapkan kempen 3S ini dapat memberikan gambaran yang positif terhadap semua warga SAMT Kuala Kubu Bharu.


























Pengenalan


SELAMAT DATANG

Ke blog Unit Bimbingan Kaunseling

&

Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah
Logo Rasmi Pembimbing Rakan Sebaya SAMTKKB

Moto : BANTU DIRI SENDIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN

Tagline : TIARAHELP to be a PROPERPERINTIS
[Lanjut]

Rentetan Blog

Shout

Online User(s)



Follower